KELUARGAKU

KELUARGAKU

Sunday, August 30, 2009

DOA KETIKA GELISAH DAN DUKACITA

"Ya Allah Ya Tuhanku,sesungguhnya aku adalah hamba-Mu,anak kepada hamba-Mu dan anak kepada amah-Mu,jiwaku dalam tangan-Mu,berlaku atas diriku semua keputusanku,adil segala ketentuan-Mu ke atas diriku,aku bermohon dengan semua nama yang Engkau namakan diri-Mu,ampun yang engkau turunkan dalam kitab-Mu,atau yang engkau ajarkannya sesiapa pun daripada para makhluk-Mu,atau Engkau tetapkannya dalam ilmu ghaib hanya untuk engkau saja yang mengetahuinya,supaya Engkau menjadikan al-Quran itu kesegaran hatiku,cahaya dadaku,menghapuskan kesusahanku dan menghilangkan kerunsinganku!"

Khaifiat Dan khasiat
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:"Sesiapa ditimpa kerunsingan atau dukacita,maka hendaklah ia berdoa dengan doa tersebut."
Ketika Nabi s.a.w menyampaikan hadis ini,seorang sahabat menyampuk:"Ya Allah ya Tuhanku,sesungguhnya orang yang rugi ialah orang yang meninggalkan smua kalimah(doa) ini,wahai Nabi!"Jawab Baginda yang bermaksud:"Memang benar.Oleh itu kamu hendaklah membacanya kerana mengharapkan segala permintaan akan dikabulkan,nescaya Allah akan menghapuskankesusahannya dan mengekalkan kesenangannya."

1 comment: