KELUARGAKU

KELUARGAKU

Monday, August 31, 2009

DOA ISTIKHARAH

"Ya Allah ya Tuhanku,sesungguhnya aku memohon penentuan-Mu yang baik dengan ilmu-Mu dan penetapan-Mu dengan kekuasaan-Mu,dan aku memohon keutamaan-Mu Yang Maha Agung kerana sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,Engkaulah yang mengetahui (segala sesuatu) sedangkan aku tidak mengetahui,dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.Ya Allah ya Tuhanku, sekiranya Engkau mengetahui bahawa ............................. (sebutkan perkara yang dihajati) adalah baik bagi diriku pada agamaku,hidupku,duniaku,ataupun natijah urusan hidupku (jangka masa terdekat atau jangka masa panjang), maka takdirkanlah ia kepadaku serta permudahkan dan berkatilah bagiku pada perkara itu.Dan sekiranya Engkau mengetahui perkara ini buruk buatku,pada agamaku ataupun duniaku,ataupun natijah urusan hidupku(jangka masa terdekat atau jangka masa panjang),maka jauhkanlah aku daripadanya,dan takdirkanlah bagiku apa yang baik sahaja bagiku di mana-mana pun,dan redhakanlah aku dengannya."

No comments:

Post a Comment