KELUARGAKU

KELUARGAKU

Monday, August 31, 2009

DOA MERAWAT PENYAKIT

"Ya Allah ya Tuhanku,Tuhan manusia,lenyapkan kepayahan daripadanya,sembuhkanlah dia,kerana Engkaulah yang menyembuhkan,tiada sembuhan lain melainkan sembuhan-Mu,suatu sembyhan yang tidak meninggalkan penyakit."

DOA APABILA TAKUT KEJAHATAN ORANG LAIN

"Ya Allah ya Tuhanku,sesungguhnya kami letakkan Engkau pada leher mereka dan kami berlindung dengan Engkau daripada segala bencana mereka."

DOA KETIKA DITIMPA KESUSAHAN

"Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah yang Maha Besar lagi Maha Penyantun.Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah Pemilik langit,bumi dan Pemilik Arasy yang mulia."

DOA MEMOHON KESIHATAN DIRI

"Ya Allah ya Tuhanku,berikan keafiatan pada jasadku,dan keafiatan pada pandanganku dan jadikan ia barang warisan buatku.Tiada Tuhan melainkan Engkau,Tuhan yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah.Maha Suci Allah,Tuhan Arasy yang besar dan segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam."

DOA AGAR DILIHAT MULIA DAN BERKARISMA

"Ya Allah ya Tuhanku,aku ini lemah,maka kuatkanlah aku dalam keredhaan-Mu dan bimbinglah aku kepada kebaikan,dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan.Ya Allah ya Tuhanku,aku ini lemah,maka kuatkanlah aku,aku ini hina,maka muliakanlah aku,aku ini miskin maka kayakanlah aku dan kurniakanlah rezeki kepadaku."

DOA ISTIKHARAH

"Ya Allah ya Tuhanku,sesungguhnya aku memohon penentuan-Mu yang baik dengan ilmu-Mu dan penetapan-Mu dengan kekuasaan-Mu,dan aku memohon keutamaan-Mu Yang Maha Agung kerana sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,Engkaulah yang mengetahui (segala sesuatu) sedangkan aku tidak mengetahui,dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.Ya Allah ya Tuhanku, sekiranya Engkau mengetahui bahawa ............................. (sebutkan perkara yang dihajati) adalah baik bagi diriku pada agamaku,hidupku,duniaku,ataupun natijah urusan hidupku (jangka masa terdekat atau jangka masa panjang), maka takdirkanlah ia kepadaku serta permudahkan dan berkatilah bagiku pada perkara itu.Dan sekiranya Engkau mengetahui perkara ini buruk buatku,pada agamaku ataupun duniaku,ataupun natijah urusan hidupku(jangka masa terdekat atau jangka masa panjang),maka jauhkanlah aku daripadanya,dan takdirkanlah bagiku apa yang baik sahaja bagiku di mana-mana pun,dan redhakanlah aku dengannya."

DOA MENDAPAT KEPUASAN TIDUR

"Ya Allah ya Tuhanku,telah terbenam bintang-bintang,dan telah terlelap semua mata,dan tinggallah Engkau saja,wahai yang Maha Hidup dan yang Berdiri dengan Sendiri-Nya,tenangkanlah malamku ini dan lelapkanlah mataku!"

DOA AGAR REDHA DENGAN QADAK DAN QADAR

"Ya Allah ya Tuhanku,sesungguhnya Engkau mengetahui rahsiaku dan zahirku,maka terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permohonanku dan ampunkanlah aku.Ya Allah ya Tuhanku,sesungguhnya aku memohon kepada Engkau iman yang meresap dalam hatiku,keyakinan yang benar sehingga aku tahu bahawa tidak terkena padaku tidaklah kerana kesilapanku dan apa yang tersilap bagiku tiadalah boleh mengenaku."

Sunday, August 30, 2009

DOA KETIKA GELISAH DAN DUKACITA

"Ya Allah Ya Tuhanku,sesungguhnya aku adalah hamba-Mu,anak kepada hamba-Mu dan anak kepada amah-Mu,jiwaku dalam tangan-Mu,berlaku atas diriku semua keputusanku,adil segala ketentuan-Mu ke atas diriku,aku bermohon dengan semua nama yang Engkau namakan diri-Mu,ampun yang engkau turunkan dalam kitab-Mu,atau yang engkau ajarkannya sesiapa pun daripada para makhluk-Mu,atau Engkau tetapkannya dalam ilmu ghaib hanya untuk engkau saja yang mengetahuinya,supaya Engkau menjadikan al-Quran itu kesegaran hatiku,cahaya dadaku,menghapuskan kesusahanku dan menghilangkan kerunsinganku!"

Khaifiat Dan khasiat
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:"Sesiapa ditimpa kerunsingan atau dukacita,maka hendaklah ia berdoa dengan doa tersebut."
Ketika Nabi s.a.w menyampaikan hadis ini,seorang sahabat menyampuk:"Ya Allah ya Tuhanku,sesungguhnya orang yang rugi ialah orang yang meninggalkan smua kalimah(doa) ini,wahai Nabi!"Jawab Baginda yang bermaksud:"Memang benar.Oleh itu kamu hendaklah membacanya kerana mengharapkan segala permintaan akan dikabulkan,nescaya Allah akan menghapuskankesusahannya dan mengekalkan kesenangannya."

Hijrah Daripada Sifat Menghina

Diriwayatkan daripada Abu Zarr r.a katanya:

Pernah terjadi kata-kata kasar antara aku dan saudaraku dimana ibunya bukan berbangsa Arab(hamba) aku telah menghinanya dari pihak ibunya.Maka dia mengadu halku kepada Nabi Muhammad S.A.W.Kemudian aku menemui Nabi Muhammad S.A.W.Lalu baginda bersabda : Wahai Abu Zarr!Sesungguhnya akhlakmu masih seperti orang-orang jahiliah.Aku menjawab:wahai Rasulullah!Bukankah seseorang yang mencaci orang lain itu sama dengan mencaci ayah dan ibunya sendiri.Baginda bersabda lagi: Wahai Abu Zarr!Sesungguhnya akhlakmu itu masih seperti orang-orang jahiliah,mereka itu adalah saudara-saudaramu.Maka berilah kepada mereka makanan seperti mana yang kau makan.Berilah kepada mereka pakaian sepertimana yang kamu pakai dan janganlah kamu memaksa mereka melakukan kerja yang mereka tidak mampu melakukan.Sekiranya terpaksa dilakukan mereka maka hendaklah kamu turut membantunya.

Sunday, August 23, 2009

Daripada Hazrat Abu Sa'id-Khudri r.a. Rasulullah telah bersabda,"Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan (dari api neraka) pada setiap siang dan malam (pada bulan ramadhan) dan bagi setiap orang Islam ada satu doa yang dimakbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadhan)."

Keterangan:

Banyak riwayat yang menyatakan bahawa doa daripada seorang yang berpuasa adalah dimakbulkan.Dalam sesetengsh riwayat dinyatakan bahawa doa sebelum berbuka puasa adalah mustajab.Namun demikian pada masa itu kita semua begitu sibuk dengan makanan sehingga tidak ada masa untuk berdoa,malah doa berbuka puasa pun terlupa untuk dibaca..

Saturday, August 22, 2009

KELEBIHAN RAMADHAN

-bau mulut orang yang berpuasa lebih baik dan harum dari bau kasturi yang harum semerbak
disisi Allah pada hari kiamat nanti.
-segala pintu syurga dibuka,segala pintu neraka ditutup dan seluruh syaitan dirantai.
-sesiapa yang berpuasa dengan penuh keyakinan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan
dosanya yang telah lalu.
-Allah menjadikan satu malam di bulan Ramadhan ledih baik daripada 1000 bulan.
-amalan sunat sama pahalanya dengan amalan fardu pada bulan biasa.
-pahala amalan fardu digandakan 70 kali ganda daripada pahala amalan pada bulan biasa.
-sesiapa yang bersabar akan diberikan ganjaran syurga.
-rezeki bertambah-tambah.
-sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa,Allah ampunkan dosanya,
dibebaskan dari siksa api neraka dan mendapat pahala sama seperti orang yang berbuka.
-bulan pada awalnya rahmat,pertengahannya keampunan dan yang akhir kebebasan dari
api neraka..